Pekerja Bank Dirogol, Dibunuh & Dibakar


MISTERI kehilangan seorang gadis di Filipina sejak tujuh hari lalu akhirnya terbongkar apabila mayatnya dijumpai dibunuh dan dibakar secara kejam.

Mabel Tagama Cama, 23, ditemui orang awam pada Khamis, di sebuah kawasan garaj kawasan perumahan di Barangay Rosario, bandar Pasig, Manila kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan.

Mayat mangsa yang merupakan pekerja bank, berada dalam keadaan berbogel dengan separuh daripada badannya telah hangus dibakar, lapor Dailymail.


Menurut pegawai polis,Inspektor Obet Garcia, mangsa dipercayai telah dirogol beberapa individu sebelum dibakar secara hidup-hidup.

“Dari keadaan mayat dan kesan luka yang dtemui, kami percaya mangsa telah dirogol dan didera oleh beberapa individu secara ganas. 

“Beberapa barangan berharga mangsa seperti jam tangan, telefon bimbit dan kad pengenalan juga tidak ditemui,” katanya.

Sementara itu menurut seorang rakan sekerjanya, kali terakhir dia melihat mangsa sekitar jam 11 malam pada 10 November, selepas pulang lewat dari tempat kerjanya.

Namun mangsa dikatakan telah diekori dua lelaki ketika berjalan menuju ke kawasan perumahannya sebelum keesokan dilaporkan hilang.

Tambat Obet, kawasan tragedi pembunuhan juga merupakan tempat kebiasaan beberapa kumpulan penagih narkotik menghisap dadah.

Sehingga kini, polis sedang giat menjejaki dua suspek lelaki berkenaan yang disyaki penagih dadah dan motif pembunuhan masih lagi disiasat. – MYNEWSHUB.CC
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==