5 Herba Terbaik Untuk Menyokong Kesihatan Hati

Hati adalah organ terbesar dalam sistem tubuh kita dan satu-satunya organ yang akan tumbuh semula jika sebahagiannya rosak. Ia bertanggungjawab untuk beberapa fungsi penting seperti menghadam makanan, menyimpan tenaga dan menyingkirkan toksin dari tubuh. 

Hati merupakan salah satu organ yang paling berkerja keras di dalam badan, berfungsi dengan penuh tenaga untuk menyahtoksik darah kita, menghasilkan hempedu yang diperlukan untuk mencerna lemak, memecahkan hormon dan menyimpan vitamin penting, seperti zat besi.

Tubuh kita hari-hari terdedah dengan pelbagai toksin dari persekitaran, makanan dan juga minuman yang kita makan. Jadi, ini sedikit sebanyak boleh membebankan fungsi hati. Bagi memelihara fungsi hati dan menyokong kesihatannya, adalah penting untuk kita jaga pemakanan, aktif secara fizikal dan pastikan hadkan pengambilan alkohol dan pendedahan pada toksin. 


5 Herba Terbaik Untuk Kesihatan Hati

Terdapat beberapa tumbuhan herba yang bermanfaat untuk kesihatan hati. Berikut adalah 5 tumbuhan terbaik untuk membantu mengekalkan fungsi hati yang sihat:

1. Milk Thistle



Milk thistle adalah herba semulajadi yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang, biasanya digunakan untuk menyahtoksik tubuh badan terutamanya hati. Tumbuhan herba ini menyokong kesihatan hati dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan pada sel-sel hati, dan melindungi sel-sel hati baru daripada dirosakkan oleh toksin yang sama.

Bagaimana milk thistle membantu menyokong kesihatan hati? Silymarin, iaitu campuran flavonoids yang diperoleh dari biji milk thistle bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel. Silymarin meningkatkan paras glutathione dalam hati, yang membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk acetaminophen).

Selain itu, kompleks flavonoid dalam milk thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk membina sel hati baru dan menggantikan sel-sel yang telah rosak. Disebabkan manfaat ini, milk thistle digunakan untuk menyokong rawatan bagi mereka yang menghidap hepatitis dan juga sirosis (kerosakan hati).

2. Dandelion



Dandelion adalah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Eropah, Asia dan Amerika Utara. Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik hati dan buah pinggang, tetapi sifat penyembuhan dandelion telah diiktiraf sejak zaman dahulu kala. Semasa zaman India kuno, dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti jaudice, sirosis dan pembesaran hati. Dalam perubatan cina, ia antara herba terbaik yang dicadangkan untuk merawat diabetes, penyakit hati, masalah buah pinggang dan penghadaman.

Mengapa tumbuhan ini sangat popular? Sama seperti milk thistle, ia kaya dengan antioksidan dan turut mengandungi vitamin A, B, C, D, E dan beta-karotena serta mineral seperti zink, zat besi, potasium dan selenium untuk menyokong kesihatan hati.

Di samping itu, dandelion mengandungi polisakarida, sama seperti yang terdapat dalam spesies cendawan tertentu, yang dipercayai mempunyai ciri-ciri antitumor. Sebatian di dalam dandelion menyumbang kepada fungsi hati dan juga buah pinggang. Ia juga boleh bertindak sebagai laksatif untuk pertingkatkan penghadaman dan meningkatkan pengeluaran air kencing untuk menyingkirkan toksin dari sistem tubuh.


3. Schizandra Chinensis



Tumbuhan ini adalah herba anti-tekanan yang sangat popular dalam perubatan Cina untuk menggalakkan kesihatan hati. Ujian makmal telah menunjukkan bahawa sebatian antioksidan yang didapati dalam schizandra chinensis bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf kompleks serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikal seseorang, termasuk memerangi diabetes.

Pengambilan alkohol yang banyak boleh menyebabkan peningkatan jumlah lemak tersimpan dalam hati. Schizandra Chinensis terbukti boleh mengurangkan pengumpulan lemak dalam hati, cegah kecederaan hati, dan mengurangkan keradangan hati. Untuk pesakit diabetes, tumbuhan ini bermanfaat dalam mengurangkan paras glukosa selepas makan.


4. Cendawan Reishi 




Faedah utama yang dikaitkan dengan cendawan reishi termasuk mengawal selia sistem imun, ciri antioksidan dan antihistamin, dan pertahanan sel hati dari jangkitan bakteria dan toksin. Cendawan reishi mengandungi tahap polisakarida dan triterpenes yang sangat tinggi. Tubuh badan menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ia juga dikenali untuk meningkatkan fungsi hati, memperbaiki kesihatan usus, merangsang sistem imun, memperkukuh sistem kardiovaskular, serta pengawalan terhadap degenerasi sel kulit untuk memerangi penampilan penuaan.

Selain itu, triterpenes mempunyai faedah anti kanser, sokongan sistem imun, pengawalan hormon, dan kawalan tekanan darah, yang seterusnya membantu dengan pengurangan tekanan.

5. Artichoke




Dari segi nutrisi, artichokes kaya dengan serat, asid folik, vitamin C dan vitamin K serta tinggi kandungan antioksidan cynarin dan silymarin. Khasiat artichokes sangat membantu dalam kesihatan hati dan penyahtoksik tubuh. 

Bile memainkan peranan utama dalam membantu tubuh menyahtoksik di mana ia memindahkan toksik dan bahan buangan dari hati. Artichokes berfungsi sebagai diuretik dan koleretic semulajadi, yang menggalakkan pengeluaran air kencing dan meningkatkan pelepasan bile dari hati.

Bile yang dihasilkan oleh hati disimpan dalam hempedu di antara waktu makan dan akan dilepaskan semasa makan. Artichokes menggalakkan pengeluaran bile dari hempedu. Jumlah bile yang tidak mencukupi meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati dan penyakit hati. Jadi, artichokes adalah jelas keperluan besar apabila anda ingin mendapatkan bile dalam sistem anda mengalir dan membantu pertumbuhan semula sel hati dan fungsi hempedu.


DTX Complex Suplemen Semulajadi Untuk Kesihatan Hati


DTX Complex diformulasi khas dengan ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindung dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat. Kesemua bahan utama yang terdapat dalam DTX complex adalah herba terbaik untuk menyokong kesihatan hati seperti yang telah dinyatakan di atas.

Jadi, bagi anda yang ingin menjaga kesihatan hati dan mengekalkan fungsi hati yang sihat, jom amalkan DTX Complex sebagai supplemen harian.


Bagaimana untuk dapatkan produk Shaklee ini? Boleh terus hubungi saya di http://ift.tt/2yNrq21.


Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==