Ramai wanita berhadapan masalah kekeringan faraj yang serius selepas bersalin atau semasa menopause bila paras estrogen berkurangan. Penurunan tahap estrogen cenderung menipiskan dinding faraj dan boleh menyebabkan kesakitan dalam faraj terutamanya ketika melakukan hubungan intim. Masalah ini jika dibiarkan berlanjutan boleh menjejaskan hubungan suami isteri.
Mujurlah, terdapat beberapa rawatan yang berkesan untuk atasi masalah kekeringan faraj ini. Salah satunya adalah dengan mengamalkan makanan tertentu dalam diet harian yang boleh membekalkan nutrisi untuk bantu memulihkan kelembapan tisu faraj dan elak dari kekeringan faraj.
Apakah Tanda-tanda Masalah Kekeringan Faraj?
Bagi wanita yang mempunyai masalah ini, biasanya akan alami tanda-tanda seperti:
- kesakitan, gatal-gatal atau rasa terbakar pada bahagian faraj
- tidak selesa ketika mencuci kemaluan
- jangkitan salur kencing
- kerap membuang air
- Sakit ketika hubungan intim
- perit dan berlaku pendarahan semasa hubungan intim
- keputihan yang sederhana
Apakah Punca Penyebab Masalah Kekeringan Faraj?
Biasanya, dinding faraj kekal lincir dengan lapisan bendalir cecair yang jernih. Hormon estrogen membantu mengekalkan cecair dan mengekalkan lapisan vagina yang sihat, tebal, dan elastik. Semasa menopaus, penurunan paras estrogen mengurangkan jumlah kelembapan yang ada. Ia juga menjadikan vagina lebih nipis dan kurang anjal.
Selain dari menopause, faktor lain yang boleh menyebabkan penurunan paras estrogen termasuk:
- kelahiran dan penyusuan badan
- rawatan kanser seperti kimoterapi dan radiasi
- pembedahan pembuangan ovari
- ubat anti-estrogen yang digunakan untuk rawatan fibroid dan endometriosis
Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat alahan, selsema dan asma yang mengandungi antihistamin boleh memberikan kesan pengeringan pada tubuh dan menyumbang kepada pengurangan pelincir faraj.
Rangsangan yang tidak cukup sebelum hubungan seks, 'douching' (basuh bahagian dalam faraj) dan penggunaan bahan perengsa, kepenatan, serta penyakit autoimun seperti Sjogren's Syndrome juga boleh menyebabkan kekeringan faraj.
6 Makanan Terbaik Untuk Atasi Kekeringan Faraj
Kebanyakan doktor akan memberi preskripsi krim topikal dan pelincir untuk bantu melincirkan faraj. Namun, ada sesetengah makanan boleh tingkatkan pelinciran faraj dan seterusnya mencegah ia dari kekeringan. Berikut adalah beberapa makanan yang bagus diamalkan untuk atasi masalah kekeringan faraj.
1. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi bahan yang disebut isoflavones, yang boleh berfungsi seperti estrogen di dalam badan. Pengambilan soya boleh bantu mengawal selia paras estrogen dalam badan dan mencegah pengurangan pelinciran faraj.
Ada sesetengah orang sensitif terhadap soya dan mungkin boleh alami gangguan penghadaman. Jika ini terjadi, boleh cuba amalkan produk soya yang telah ditapai seperti miso, nakka dan tempe, yang mungkin kurang mengganggu perut anda.
2. Asid lemak
Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah bagus untuk meningkatkan pelinciran faraj. Ini termasuklah biji bunga matahari, labu mentah, ikan seperti tuna, mackerel dan salmon, bijan dan lain-lain lagi yang sangat bagus untuk atasi kekeringan dinding faraj.
3. Gandum penuh
Gandum penuh terkenal dalam mengekalkan paras hormon tubuh pada tahap yang lebih baik. Jadi, adalah amat penting untuk mendapatkan makanan penuh nutrisi, yang kaya dengan serat seperti sayuran berdaun hijau, buahan berserat, dan roti gandum penuh. Pastikan kita elakkan sepenuhnya roti putih dan karbohidrat ringkas yang lebih banyak bawa keburukan pada kesihatan. Tingkatkan pengambilan serat akan mengekalkan faraj yang sihat dan elastik.
4. Flaxseed
Flaxseed mengandungi phytoestrogen (sama seperti soya) dan juga asid lemak Omega 3 yang boleh tingkatkan paras estrogen dan melawan kekeringan faraj. Amalkan setiap hari sekurang-kurang satu sudu teh flaxseed yang dipanggang.
5. Epal
Epal juga kaya dengan phytoestrogen, yang boleh mengawal paras estrogen seterusnya meningkatkan pelinciran faraj. Dengan mengamalkan 1-2 biji epal setiap sehari boleh perbaiki dan mengurangkan simptom menopause termasuk kekeringan faraj.
6. Air
Lagi banyak air yang kita minum, lagi bertambah baik kesihatan faraj kita. Air sangat penting dalam mengekalkan paras pH faraj dan bantu mengekalkan kelembapan faraj. Selain dari memastikan tubuh badan kekal hidrat, adalah disarankan juga mengurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan soda. Ia boleh menyebabkan badan kehilangan air dan membawa kepada masalah kekeringan faraj.
Atasi Masalah Kekeringan Faraj Dengan Supplemen Semulajadi
Pengambilan supplemen adalah perlu untuk menyokong keperluan nutrisi yang tubuh badan perlukan. Untuk bantu atasi masalah kekeringan faraj, supplemen yang bermanfaat termasuk:
Alfalfa Complex - sejenis herba yang dikenali juga sebagai herba cinta kerana ia boleh membantu menghangatkan hubungan intim suami isteri. Antara manfaat Alfalfa untuk kesihatan faraj :
- mempunyai kandungan isoflavones yang bantu hasilkan hormon estrogen yang mencukupi
- membantu meningkatkan pelincir semulajadi faraj
- menghilangkan masalah faraj berbau
- memberi kesan kewanitaan yang mantap (bertindak seperti kacip fatimah)
Vitamin E - merupakan antioksidan larut lemak yang boleh memberi perlindungan dari serangan radikal bebas dan mengekalkan sistem imun. Antara manfaat Vitamin E untuk kesihatan faraj:
- memberi kelembapan pada faraj
- melegakan kegatalan faraj
- mengurangkan kesakitan semasa hubungan intim
Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin cinta kerana ia membantu dalam masalah hubungan intim bukan sahaja kepada wanita malah kepada kaum lelaki juga. Antara fungsinya :
- meningkatkan keinginan dan mood seks
- menggalakkan ereksi yang lebih lama
- lebih bertenaga
- lebih mudah teransang
Ramai wanita mungkin malu dan segan bila mempunyai masalah ini dan disebabkan itu tidak mendapatkan sebarang rawatan. Jangan begitu! Masalah kekeringan faraj tidak boleh diambil ringan. Ia boleh memberi kesan besar dalam hubungan suami isteri. Jangan biarkan masalah ini menjadi penyebab hubungan anda dengan pasangan terjejas.
Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi.
Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi.
Berminat untuk tingkatkan kesihatan faraj dengan vitamin Shaklee, boleh dapatkannya dengan hubungi saya di http://ift.tt/2yNrq21.
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.