Kek Oreo Cheese Viral Guna 3 Bahan

Makanan viral kembali lagi. Masing-masing pakat cuba buat kek oreo cheese guna 3 bahan je. Ya, guna 3 bahan sahaja dah boleh siapkan kek oreo cheese yang super sedap katanya. Setakat ni Fiza belum terjebak lagi sebab bahan-bahannya belum beli lagi. Teringin juga nak menjebakkan diri dan mencuba rasa kek oreo cheese tu.

Dengar cheese pun dah rasa sedap bagi seorang yang suka cheese. Memandangkan menggunakan 3 bahan je, of courselah cara buatnya pun mudah je. Jom lah kita ramai-ramai cuba buat kek oreo cheese viral ni. Sebenarnya guna 2 bahan je iaitu susu dan biskut oreo. Bahan ketiga iaitu cheese untuk topping je.


Difahamkan bahan-bahan dan cara seperti ni sebenarnya dah lama wujud cuma masa tu tak wujud lagi media sosial dan perkataan viral tu. Kalau dah guna perkataan viral mestilah terlajak famous bila dah tersebar kan. Cakap banyak tak guna, jom kita buat kek oreo cheese!

Bahan-Bahan
Biskut Oreo ( 2 paket saiz panjang)
200ml susu segar/coklat (any brand) 
Cheddar cheese (*Optional untuk topping) 


Cara
1. Blend hancur biskut ( tak perlu asingkan krim dan biskut)
2. Masukkan susu sikit demi sedikit
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas
4. Kukus selama 20 minit.
5. Sejukkan, kemudian terbalikkan dan parutkan cheddar untuk topping kek. Nak lagi sedap, taburkan chocolate chip.

Dengan bajet ciput bawah RM10 dah boleh dapat kek sedap dah! Itupun tanpa topping la. Kalau nak tambah topping kena tambah bajet sikit lah. Biskut oreo tu kalau nak jimat lagi beli kat kedai RM2 ada jual. Nak buat pun cepat siap. Kalau tak sempat nak beli kek tu, bolehlah buat kek oreo cheese viral ni.

Kredit : nurul diana
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==