[RUPANYA M'SIA TIDAK EKSPORT DURIAN BIJI] Viral palsu China tolak 20 kontena musang king

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menafikan maklumat viral berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King memasuki China yang dikesan mengandungi racun serangga.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, maklumat viral berkenaan adalah tidak berasas dan tidak sahih.
Katanya, buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China.
“Daripada gambar yang viral, rupa durian itu tidak sama dengan bentuk dan sifat Musang King Malaysia. Setakat ini, Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes dan produk-produk industri asas tani berasaskan durian,” katanya menerusi laman Facebooknya.
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran gambar viral semalam, berhubung 20 kontena durian Musing King yang didakwa dikembalikan semula ke Malaysia kerana tidak dibenarkan memasuki China.
Gambar viral itu dimuat naik seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Michael Chan.
“Durian-durian Musang King dijual murah. Jangan diperbodohkan, ini adalah durian-durian yang ditolak oleh negara China kerana kandungan racun perosak yang tinggi dikesan,” tulisnya yang meminta orang ramai tidak membeli durian Musang King itu.
Mengulas lanjut Sallehuddin berkata, Malaysia ketika ini sedang dalam proses memohon untuk mendapatkan akses pasaran bagi buah durian dalam bentuk biji yang disejuk beku pada suhu bawah -80 selsius melalui proses individual quick freezing (IQF) dan mengekalkan suhu pada suhu -18c.
“Ini adalah antara kaedah terbaik bagi memastikan durian Malaysia kekal segar dan berkualiti sepanjang rantaian nilai pengeksportan,” katanya.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==