Cara Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

Batu karang hempedu antara penyakit yang sering dihadapi oleh penduduk Malaysia. Wanita hamil merupakan golongan berisiko tinggi untuk mengalaminya disebabkan oleh penghasilan hormon estrogen berlebihan ketika hamil.

Penyakit batu karang hempedu boleh menyebabkan kesakitan dan beberapa simptom-simptom lain, dan jika dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan pundi hempedu mendapat jangkitan dan pecah. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.


Bagaimana cara untuk atasi masalah batu karang hempedu ketika hamil? Saya akan kongsikan selanjutnya dalam artikel ini.


Apakah Punca Penyebab Batu Karang Hempedu Semasa Hamil?


Pundi hempedu adalah organ kecil yang terletak di bawah hati kita. Ia berfungsi menyimpan hempedu tambahan yang dihasilkan oleh hati yang membantu badan mencerna lemak. Apabila kita makan makanan tinggi lemak, pundi hempedu akan mengeluarkan hempedu ke usus kecil.

Hempedu adalah cecair yang dihasilkan oleh hati yang terdiri daripada air, kolesterol, lemak, protein, bilirubin, dan garam hempedu. Jika bahan yang membentuk hempedu menjadi tidak seimbang, sebagai contoh terlalu banyak kolesterol atau bilirubin dan garam hempedu yang tidak mencukupi, kesannya batu karang hempedu yang keras boleh terbentuk dalam pundi hempedu kita.

Ketika hamil, tubuh mula menghasilkan lebih banyak hormon estrogen untuk menyokong bayi yang sedang berkembang. Paras estrogen yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan paras kolesterol dalam hempedu naik mencanak, yang boleh menyebabkan terbentuknya batu hempedu. Ini juga antara penyebab wanita yang mengambil terapi hormon atau pil perancang kehamilan juga menghadapi risiko tinggi mendapat batu karang hempedu, kerana ubat ini mengandungi estrogen.


Apakah Tanda Dan Simptom Batu Karang Hempedu Ketika Hamil?


Kadangkala, batu karang hempedu tidak menyebabkan masalah atau gejala, dan ia boleh hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Tetapi adalah penting untuk merujuk doktor jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom berikut:
  • Peningkatan rasa sakit pada bahagian atas kanan abdomen, terutamanya selepas ambil makanan berlemak.
  • Sakit abdomen yang berpanjangan lebih dari lima jam.
  • Loya dan muntah
  • Rasa menggigil dan demam
  • Jaundis (kulit, mata kekuningan)
  • Najis berwarna pucat
  • Air kencing berwarna gelap

Sekiranya tanda-tanda yang dialami ini tidak hilang selepas satu atau dua jam, ia mungkin petanda batu hempedu telah menyebabkan keradangan dan jangkitan.


Rawatan Untuk Penyakit Batu Karang Hempedu Ketika Hamil



Untuk mengetahui jika simptom yang dialami membawa maksud anda mempunyai batu karang hempedu atau tidak, beberapa ujian perlu dijalankan. Kebiasaannya doktor akan lakukan ujian ultrasound untuk mengesan batu karang hempedu semasa hamil.

Wanita hamil yang mengalami batu karang hempedu, tetapi tidak menyebabkan gejala dan ketidakselesaan yang melampau, biasanya tiada rawatan yang diberikan. Doktor akan menasihati pesakit untuk menunggu ia pulih sendiri.

Tetapi, bagi wanita hamil yang mempunyai batu hempedu yang mengganggu proses pengosongan pundi kencing sepenuhnya atau menyebabkan jangkitan di dalam badan mungkin memerlukan pembedahan. Melakukan pembedahan semasa kehamilan bukanlah pilihan yang digalakkan, tetapi pembedahan tersebut boleh dilakukan dengan berjaya dan selamat untuk wanita hamil.

Apakah yang boleh dilakukan selain dari pembedahan untuk atasi batu karang hempedu ketika hamil?


1. Anda boleh mengubah diet harian anda. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak.

2. Penggunaan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor untuk mengurangkan kesakitan.

3. Pengambilan supplemen tertentu untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil untuk kehamilan yang lebih sihat, selamat dan tanpa sebarang komplikasi.

Jom ikuti kisah seorang ibu hamil ini yang menghadapi penyakit batu karang hempedu semasa hamil anak ketiga beliau. Dengan pemakanan yang sihat, dan pengambilan suplemen yang betul, beliau dapat menangani penyakit ini dengan jayanya.




Sedikit tips yang boleh anda lakukan untuk merendahkan risiko penyakit batu karang hempedu ketika hamil:

1. Kekalkan berat badan yang sihat. Obesiti adalah faktor utama perkembangan batu karang hempedu di kalangan wanita. Kehamilan bukanlah masa yang sesuai untuk diet penurunan berat badan, tetapi anda boleh dapatkan nasihat doktor untuk elak berat badan berlebihan ketika hamil.

2. Amalkan pemakanan tinggi serat dan rendah lemak. Makanan berlemak dan rendah serat boleh tingkatkan risiko perkembangan batu karang hempedu. Kurangkan pengambilan lemak dan makan lebih banyak makanan serat boleh mengekalkan kesihatan pundi hempedu dan juga bayi anda.

3. Kawal diabetes. Individu yang mempunyai diabetes selalunya mempunyai paras triglicerides yang tinggi dan kedua-dua keadaan ini telah dikaitkan dengan peningkatan risiko batu karang hempedu. Jadi, berbincang dengan doktor untuk mengekalkan tahap diabetes anda dalam kawalan sepanjang kehamilan.


Ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, tanya je saya..

Berminat untuk dapatkan vitamin untuk kehamilan Shaklee? Boleh terus hubungi saya di http://ift.tt/2yNrq21.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==