NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian. | Assalamualaikum wbt. Korang perasan tak, drama yang selalu ditayangkan pada pukul 4 petang kat TV3 tu dah digantikan dengan drama bersiri Bollywood. Drama memula tu, apa tah tajuknya cikla tak ingat. Yang cikla ingat, 'zindage'. Hehe. So, dengan berakhirnya cerita berikut, maka bermulalah cerita terbaru iaitu NAAGIN.
Kalau korang nak tau, naagin ni bermaksud ular jadian. Memang iyelah. Memang cerita ni berkisarkan ular jadian yang nak balas dendam. Episod pertama memang cikla tak tengok. Tapi, bila tengok episod kedua dan yang sekarang ni memang best jalan ceritanya. Penuh konflik dan drama. Apa kata kita baca sinopsis penuh drama ni.
NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian.
Sinopsis. (Sumber Ramenpedas.com)
Naagin adalah sebuah kisah seorang gadis cantik jelmaan ular bernama Shivanya (Mouni Roy) yang mahu membalas dendam di atas kematian ibu bapanya. Usahanya ni turut mendapat bantuan rakan dan sepupunya bernama Sesha. Semasa peristiwa pembunuhan tersebut yang mana berlaku 20 tahun lepas ketika Shivanya masih kanak-kanak, ia melibatkan 5 orang pembunuh, tapi Shivanya hanya dapat melihat 3 orang sahaja iaitu Ankush, Viren dan Shailesh yang telah membunuh ibu bapa Shivanya untuk mengambil Naagmani (permata), tapi gagal.
Untuk melancarkan rancangan dendamnya itu, Shivanya telah berkerja di rumah Ankush sebagai orang gaji. Rithik (Arjun Bijlani), anak Ankush kemudiannya telah jatuh cinta pandang pertama pada Shinvanya. Setelah mengetahui tentang perasaan Rithik terhadap dia, Shivanya mengambil kesempatan itu dan akhirnya berkahwin dengan Rithik demi memudahkannya membalas dendam. Sebagai langkah pertama, Shivanya telah membunuh Viren, pembunuh yang pertama.
NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian. Heroin cerita Naagin, Mouni Roy. Cantikkan dia. Kredit Google. |
Ankush dan rakannya seakan menyedari adanya naagin dalam kehidupan mereka, mereka mula mendapatkan bantuan daripada Guru Maa. Guru Maa telah memberikan mereka sebentuk cincin yang kononnya boleh melindungi mereka daripada naagin tersebut. Selepas itu, Shivanya dan Sesha telah membunuh rakan Ankush iaitu, Suri apabila Shivanya mengetahui daripada Sesha bahawa dia adalah pembunuh yang keempat. Walau bagaimanapun, Shivanya tak mampu membunuh Shailesh, pembunuh yang ketiga.
Tak lama selepas itu, Shivanya akhirnya sedar yang Rithik memang seorang yang baik dan tak mengetahui perbuatan jahat bapanya. Akhirnya, Shivanya mula jatuh cinta pada Rithik. Tapi, sepupu Shivanya, Sesha rasa kecewa sebab dia fikir Shivanya tak akan membunuh Ankush kerana cintanya terhadap Rithik. Selepas itu, Sesha dan Shivanya menghadapi pula musuh baru, termasuk Kabir. Kemudian, Shivanya tahu yang isteri Ankush ini, Yamini adalah pembunuh kelima dan dia juga mengetahui bahawa Rithik rupanya bukan anak sebenar Ankush dan Yamini.
NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian. Hero cerita Naagin, Arjun Bijlani. Kredit Google. |
Mereka sebenarnya telah menculik bapa sebenar Rithik kerana hanya bapanya dan Rithik saja yang boleh memegang Naagmani kerana tanda yang ada pada badan mereka. Sesha pula mula jatuh cinta kepada Rithik kerana sifat penyayang dan prihatin lelaki itu. Bila Yamini mengetahui perasaan Sesha kepada Rithik, dia telah menghasut Sesha untuk mengkhianati Shivanya. Yamini tahu yang Shivanya dan Sesha adalah naagin. Akhirnya, dek kerana obsesnya Sesha kepada Rithik dan Naagmani, dia termakan hasutan itu dan menjadi musuh kepada Shivanya.
Dapatkah Shivanya melunaskan semua dendamnya? Baca sambungan sinopsis ni lagi.
Shivanya akhirnya berjaya membunuh Ankush tetapi Rithik telah menyaksikan pembunuhan bapanya dan mendapati Shivanya adalah naagin. Rithik mula membenci Shivanya, walaupun hatinya masih amat mencintai Shivanya. Kemudian, Queen Avantika adalah seekor lebah jelmaan juga mahukan Naagmani. Rithik yang tidak lama kemudian telah mengetahui mengenai kebenaran tentang Yamini yang jahat lalu dia turut menyertai Shivanya untuk melindungi Naagmani dari Avantika.
Bak kata pepatah, pahit akan manis akhirnya, Shivanya dan Rithik pun bersama, dan keadaan ini mengakibatkan Shivanya kehilangan kuasanya. Walau bagaimanapun, dia dan Rithik berjaya untuk menyelamatkan Naagmani dan mengalahkan Sesha, Yamini dan Avantika. Shivanya akhirnya mengandung, dia dan Rithik dapat hidup bersama.
Happily ever after, bak kata orang putih.
.... Wah wah, panjang sungguh sinopsisnya kan. Dah macam cerpenlah pulak. Tapi, serius cerita ni memang best. Walaupun semua pelakon macam asing je bagi cikla, iyelah tak pernah tengok pun cerita lakonan dioarang sebelum ni, tapi lakonan diaorang memang mantap. Memang real lah, lebih-lebih lagi time Shivanya nak jadi ular...
Nak tau best ke tak, korang kenalah tengok. Cerita ni sekarang sedang ditayangkan di tv3 setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang selama sejam. Tapi cikla rasa kat youtube pun ada dah cerita ni...
Dengar-dengar cerita popular ni ada 3 season. Yang ni season 1.
Dengar-dengar cerita popular ni ada 3 season. Yang ni season 1.
Happy watching... Have fun!